بِسْـــــــــــمِ اﷲِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيم
Assalamuallaikum netizen semua,
berbalik kepada post sebelum ni Sightseeing around Shah Alam part 1
admin nak sambung lagi lokasi2 menarik yang netizen boleh lawat di Shah Alam.
1. Pusat Akuatik Shah Alam
Selain daripada waterpark, netizen juga boleh (yang peminat aktiviti air tu) berkunjung ke pusat akuatik shah alam yang terletak di seksyen 13 (bersebelahan dengan Tesco). Tiket masuk ke pusat akuatik ni memang tersangatlah berpatutan. (Ye la cuma berenang je bukan ada sliding ke mcm sunway lagoon). Ada indoor pool and outdoor pool which is pretty cool. Also, jangan lupa bawak pakaian renang yang bersesuaian.
2. Muzium Shah Alam (Muzium Sultan Alam Shah)
Bagi yang berminat untuk mengetahui sejarah negeri selangor, boleh lah melawat Muzium Sultan Alam Shah ni. Terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Shah Alam, Muzium Sultan Alam Shah merupakan antara lokasi tarikan pelancong yang mudah dikunjungi. (Admin pernah pergi 2 kali. first time pergi ada pameran buaya and permainan tradisional). Th best part is Muzium Sultan Alam Shah ni free of charge aka tak perlu berbayar untuk masuk. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
3. Taman Tasik Shah Alam + Dataran Shah Alam
Kalau netizen minat aktiviti berkayak atau simply nak cari kawasan beriadah with family,Taman Tasik Shah Alam
merupakan lokasi yang paling sesuai lah. Banyak playground dan kemudahan untuk beriadah disini. Admin juga sertakan Dataran Shah Alam dalam lokasi-lokasi menarik untuk melawat di Shah Alam sebab banyak event-event yang dijalankan di dataran shah alam ni. Paling happening is during bulan Ramadhan. Waktu tu memang ramai saudara islam berbuka bersama-sama di dataran Shah Alam ni.
4. Pasar Karat Seksyen 13
Don't be mistaken, nothing karat is selling here. Dibuka setiap hari ahad sahaja, Pasar Karat Shah Alam merupakan antara pasar yang ramai look forward to go (time waktu pagi adalah paling afdal untuk melawat sebab cuaca yang masih sejuk). Terletak bersebelahan stadium Shah Alam, pasar karat shah alam ni sesuai untuk mereka yang nak beli groceries DAN mereka yang simply nak shopping for less expensive stuff. (Really, you can find almost anything here).
5. Perpustakaan Raja tun uda
Perpustakaan Raja Tun Uda ni boleh dikatakan perpustakaan terbesar di Selangor. For books lover or students that wish to find a place to study with a spectacular view, boleh berkunjug ke perpustakaan Raja Tun Uda ni aka PPAS (bak kata orang Shah Alam). Perpustakaan empat tingkat ini bukan sahaja menawarkan bahan bacaan buat remaja dan dewasa malahan mempunyai kawasan khas untuk si kecil menghabiskan masa dengan aktiviti membaca di Zon Kreatif. Terdapat juga tarikan-tarikan menarik seperti wayang 6D (Cheap and cool) tapi admin paling suka design dalam perpustakaan raja tun uda ni sebab ruangan membaca di mengadap tasik buatan di sebelah perpustakaan AND masjid biru shah alam. How cool is that!
P.S cuma tu la lokasi dia agak terpencil sikit. Ada perkhidmatan shuttle disediakan tapi agak limited.
.
Kalau nak senaraikan semua tempat kat Shah Alam ni memang tak habislah admin menulis.
So tempat2 kat atas ni antara lokasi utama yang netizen boleh melawat di Shah Alam. Admin akan sambung dengan lokasi menarik di setiap seksyen pula bila berkesempatan *wave*
till then
No comments:
Post a Comment