Monday 4 January 2016

Sightseeing around Shah Alam Part 1


 بِسْـــــــــــمِ اﷲِ الرَّ حْمَنِ  الرَّ حِيم



Assalamuallaikum netizen semua, 

Admin nak cerita sikit pasal famous spot/places di Shah Alam
(Tak kira la kalau netizen berasal dari sini or luar)


but surely, everyone should know/ already know pasal lokasi2 yang admin akan sebut ni bila ke Shah Alam. 

Shah Alam Shah Alam Lake Gardens
Popular Tourist Spot in Shah Alam?

 1. UiTM main campus, Shah Alam

As netizen knew, Shah Alam merupakan rumah kepada main campus UiTM 
(sekarang ni ada 2 campus, 1 dekat Puncak perdana and satu lagi the famous Uitm Shah Alam, seksyen 2). 
Bulan  11 @ 12 especially, hotel dan homestay around Shah Alam memang fully booked by people around Malaysia sebab nak celebrate convocation or simply majlis akhir tahun from school around here.

Siapa first time mai UiTM Shah Alam mungkin terkejut or amaze (dan seangkatan dengannya) sebab UiTM main campus ni luas (meliputi beberapa buah seksyen) sampai admin pun boleh sesat kat dalam tempat tu. Masuk seksyen 2, keluar seksyen 7 vice versa.

2. i-City

Antara tarikan paling popular di Shah Alam is of course i-City. Kalau dulu, tempat ni cuma ada lampu2 sahaja, sekarang ni i-City turut memperkenalkan tarikan menarik seperti wax museum, Games (bermacam jenis rides dengan harga berpatutan), Snow walk, Ferris Wheel dan berbagai lagi la. 

Pendek kata, siapa datang Shah Alam memang wajib mengunjungi i-City. 



  3. Taman Botani Negara Shah Alam

Tempat ketiga ni pula antara lokasi yang admin kerap kunjungi bila ada masa terluang sebab memang fun. 
Terletak di Seksyen 31, Shah Alam, Taman Botani Negara ini dulu dikenali sebagai Bukit Cherakah. 
Most of the time, pengunjung datang ke Taman Botani Shah Alam ni sebab rekreasi dengan keluarga, learning about plants inside taman ni or sebab nak cycling. Orang yang datang ke Taman Botani Negara Shah Alam ni bukan sahaja orang Shah Alam taw, ramai pengujung dari daerah, negeri, negara lain jugak (haritu admin terserempak dengan rombongan dari Jepun ke China)

Favorite spot admin dekat Taman Botani Shah Alam ni Taman Cendawan.
(walaupun x banyak sangat cendawan huaaa)
 Perhentian shuttle terakhir dekat Rumah Empat musim so pengujung kena berjalan kaki sikit ke perhentian lagi satu untuk sampai ke taman cendawan ni. Nanti di Taman Cendawan boleh la naik Menara dye tinggi 3-4 tingkat that have a spectacular view around it. 

Selain dari Taman Cendawan, terdapat juga Taman Haiwan. Dekat Taman Haiwan ni, pengunjung boleh tengok bermacam jenis haiwan (x sebanyak Zoo Negara tapi hey, it's free of charge!). Pengunjung boleh tengok Rusa, Kuda dll. 

Kalau netizen suka berbasikal, boleh la try tour around Taman Botani ni, (Admin dah berpuluh kali lawat Taman Botani Shah Alam ni tapi x pernah khatam sebab admin mengalah naik shuttle bas je everytime). 

4. Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah aka Masjid Biru Shah Alam

Gambar kredit to MSSAS's website
  Masjid Biru Shah Alam boleh dikatakan antara Ikon utama Shah Alam sekiranya melawat ke Shah Alam. 
Ingat Istanbul je ke ada masjid biru. shah alam pun ada taw
Masjid Biru Shah Alam ni boleh memuatkan 16 000 jemaah pada satu satu masa. Source
terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Shah Alam, Masjid Biru Shah Alam merupakan masjid negeri Selangor dan merupakan masjid terbesar di Malaysia (second largest in Southeast asia selepas masjid Istiqlal, Indonesia).
Its most distinguish feature is kubah berwarna silver dan biru yang memberikannya nama masjid biru. 

5. Wet world Shah Alam

Terletak di Seksyen 2, Shah Alam, Wet World merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh penduduk shah alam dan pengunjung dari luar. Dengan harga yang berpatutan, Wet world Shah Alam tentunya merupakan tarikan buat pengemar taman tema air. 

Senang je sebenarnya untuk ke Wet World ini kerana lokasi wet world bersebelahan dengan Taman Tasik Shah Alam yang popular. 

So tarikan-tarikan utama di Shah Alam yang admin telah senaraikan di atas akan diulas lebih lanjut di future post. Kepada netizen yang belum berkesempatan untuk melawat lokasi-lokasi diatas dijemput untuk datang melawat dan jangan lupa memilih Mimilala Boutique Hotel ataupun Mimilala Homestay apabila bercadang untuk ke Shah Alam (tidak kira dengan family ke saudara ke or dengan sahabat-sahabat). 

Bersambung ke Part 2

No comments:

Post a Comment

The Content of this blog belong to Mimilala Boutique Hotel solely